SEJARAH




Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2 telah ditubuhkan pada 1 Jun 2001 dan mula beroperasi secara rasmi  pada 1 Julai 2001.   Pada tahun pertama pembukaan, jumlah muridhanya seramai 547 orang yang terdiri daripada murid Tingkatan Satu dan Empat dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa.Manakala bilangan tenaga pengajar pulaseramai 25 orang. Sebagaimana sekolah lain yang baru dibuka, SMK Pengkalan Chepa 2 juga tidak dapat melepaskan diri daripada menghadapi masalah kekurangan sumber fizikal, namun komitmen semua pihak telah mengatasi segala kekurangan tersebut.



SMKPC2 telah dilengkapi dengan 36 bilik darjah , 6 bilik Makmal Sains, 1 bilik Makmal Komputer, 1 bilik Muzik, 1 bilik Pendidikan Seni dan 1 bilik kerja untuk mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.  Bengkel Kemahiran Hidup  dan Bengkel Kerja Teknologi Kejuruteraan  pula terletak di bangunan yang berhampiran dengan surau sekolah. Untuk kemudahan proses pembelajaran dan pengajaran, mata pelajaran Bahasa, SMKPC2 dilengkapi dengan sebuah Makmal Bahasa. 



Pada tahun 2006, Pendidikan Khas Integrasi diperkenalkan di SMKPC2 yang lebih fokus kepada masalah pembelajaran.  SMKPC2 mempunyai 3 orang guru Pendidikan Khas dan dibantu oleh seorang Pembantu Pengurusan  Murid.  Aktiviti Pendidikan Khas Integrasi telah disemarakkan dengan kedatangan Pengetua Pn. Hjh Setawa@Siti Hawa bt Mat pada akhir tahun 2011, yang mana kemahiran mendobi telah diperkenalkan.   Kemahiran mendobi telah mendapat sokongan daripada warga SMKPC2. Pada tahun 2017, SMKPC2 telah menerima seorang Penolong Kanan Pendidikan Khas, En. Azrol Azim bin Abdul Rahim. Program kemahiran juga diperluaskan dengan memperkenalkan kemahiran usahawan masakan, mencuci kenderaan dan bengkel membaiki motosikal.

Keperluan untuk memenuhi Rukun Islam yang kedua juga tidak diabaikan oleh pihak kerajaan, di mana sebuah surau yang boleh menampung seramai 200 orang telah dibina di belakang blok Kemahiran Hidup, berhadapan dengan kantin sekolah.  Pada 15 Ogos 2009, surau sekolah telah dirasmikan oleh Ybhg. Dato’ Hj.Shukry b.Mohd Salleh, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) pada masa itu dan sekaligus dinaiktaraf masjid, dan diberi nama Masjid Baitur Rahman.  Pengetua pada masa itu adalah Pn. Hjh. Norani bt. Mustapha.

SMKPC2 telah menempa pelbagai kejayaan bermula tahun 2001 hinggalah sekarang.  Kejayaan yang dicapai, pasti tidak dapat dicapai tanpa pimpinan seorang pengetua.  Berikut adalah senarai pengetua yang telah berkhidmat di sekolah ini;
i.                Pn. Hjh. Rahmah bt. Hj. Abd Rahman           16 Mei 2001 - 31 Disember 2005
ii.               En. Md Fauzi bin Md Noor                               1 Mac 2006 - 31 Disember 2007
iii.          Pn. Hjh Norani bt. Hj. Mustapha                      1 Januari 2008 - 30 Jun 2011
iv.              Pn. Hjh Setawa @ Siti Hawa bt. Mat               1 Sept 2011 - 31 Mei 2018

28 HINGGA 2 MEI 2019
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KEM ANAK-ANAK PERMATA
TARIKH : 27 HINGGA 29 APRIL 2019

CERAMAH AMBANG RAMADHAN
TARIKH : 28 APRIL 2019